Monday, March 28, 2011

Gubahan hantaran pertunangan dan perkahwinan

Apabila tiba musim-musim pertunangan dan perkahwinan, maka ramai di antara kita akan membuat sedikit kajian berhubung dekorasi hantaran. Memang adat orang melayu tak dapat lari dari konsep hantaran yang mana jarang kita lihat budaya ini dikalangan kaum lain. Jadi ini merupakan keunikan budaya orang melayu. Saya juga tidak dapat mengelak daripada berkeinginan untuk mendapatkan dekorasi atau gubahan hantaran yang menarik. Pada Disember 2010, alhamdulillah apa yang dirancang menjadi kenyataan di mana saya selamat bertunang dengan si dia pilihan hati. Memang banyak dugaan untuk menjayakan majlis pertunangan tersebut, kalau nak diceritakan alamatnya penuh laman blog ni. Namun, saya panjatkan seribu kesyukuran....


Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah mengenai gubahan hantaran. Saya buat carian google dan terjumpa beberapa gubahan hantaran yang memikat hati. Memang banyak pilihan yang ada, namun yang paling memikat hati adalah hantaran Jimmy Shanley dan hantaran Raja Farah. Saya suka apabila mereka menggunakan dulang hantaran yang tinggi.



Menarik. Namun halangannya adalah dari segi kosnya. Saya cuma seorang gadis biasa, jadi tidak berbaloi rasanya kalau nak berhabis-habisan untuk gubahan hantaran setaraf artis ni. Tapi saya berdegil, saya cuba jugak dapatkan apa yang saya impikan. Lepas kajian demi kajian, dengan bantuan idea dari rakan-rakan sepejabat maka saya jumpa juga cara untuk mendapatkan gubahan hantaran seperti yang saya idamkan. Maka hasilnya dapatlah saya hasilkan gubahan hantaran seperti yang saya nak. Mungkin tidaklah setaraf artis-artis, tapi adalah mirip-mirip. =)

yang ini adalah potpuri


samping untuk si dia


sebakul buah-buahan, puas makan

jeli


sirih junjung

choclairs

coklat




kesemua hantaran pada hari tersebut, 5 berbalas 7 dulang

Semua ini adalah hasil tangan saya sendiri. Kalau nak cari stand tu di kedai-kedai memang tak jumpe, kalau nak sewa boleh la hubungi saya. =) (harga boleh dirunding) Mungkin anda di luar sana cukup kreatif, tapi untuk menghasilkan semua ni memerlukan pengorbanan, letih pun satu hal sebab kena mencari barang-barang.... 

saya bersama hantaran daripada kedua-dua pihak

Selain itu juga, saya buat sendiri mini pelamin untuk bertunang. Memang makan kos masa dan wang ringgit, tapi saya puashati. =)

the making of


akhirnya...

Bersengkang mata sampai jam 4 pagi. Kakak saya sangat risau kalau-kalau saya tak dapat siapkan mini pelamin ni. Tapi alhamdulillah, siap juga. Apa yang ada dalam gambar ni semua saya buat sendiri.

Harap-harap anda dapat sedikit idea mengenai gubahan hantaran untuk majlis pertunangan mahupun perkahwinan. Untuk majlis perkahwinan saya nanti, saya akan menggunakan material yang sama, cuma tukarkan warna bunga sahaja. Jimat! =)


3 comments: